Sorry pasal lupa nak inform awal2 pasal auction ni. baru teringat coz besok kena pegi pagi-pagi lagi. Apa yang menarik sangat pasal auction ni? Haaa…sebenarnya seperti auction yang saya pegi pada bulan September yang lepas oleh auctioneer yang sama, auction ni juga sebenarnya menawarkan harga rezab serendah 50% daripada market price. No wonder ari ni auctioneer tu inform saya lebih 80 bidder registered. Bagi anda yang baru tahu, agak terlambat la untuk anda bid jika anda berminat coz deposit hanya dalam bentuk Banker’s Cheque or Cashier’s Order.. Kad Kredit tak terima. Melainkan anda boleh jumpa bank yang bukak esok.Kalo tak silap saya ada bank yang bukak hari Sabtu especially yang dalam shopping complex.
Pada auction yang lepas ada satu property menarik, harga rezab daripada RM190K lompat sampai RM284K bila bidder menang… kalau tak silap saya market value lebih kurang RM280K je… kira 4K lebih la… mungkin bidder tu tak kisah sebab dia punye property yang satu lagi dekat dengan yang dia beli tu.
Kali ni saya rasa lebih menarik sebab auctioneer telah buat marketing lebih awal berbanding sebelum ni. Property yang sebelum ni takde bidder pun semuanye dah ada at least satu bidder registered. Hmmm…. baguss… Kepada anda yang tak kemana-mana esok… jemputlah datang ke Kompleks Masyarakat Penyayang di Penang pukul 12pm.. dekat dengan Polo Club. Saya pun tak sure actual location sebab ni pun kali pertama buat auction kat situ.
Nanti saya update lagi apa outcome auction kali ni..