SHARE AND LIKE THIS POST

Tahun 2006 telah berlalu dengan pelbagai kenangan dan sesuatu untuk diambil pengajaran. Bagi saya serta Tips Hartanah khususnya, tahun 2006 merupakan langkah awal saya memindahkan maklumat serta informasi yang saya ketahui kepada lebih ramai orang melalui teknologi ICT yang saya fikir harus diambil perhatian oleh semua. Tahun 2007 ini saya jangkakan bakal menjadi tahun yang amat sibuk untuk diri saya dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang telah saya atur selain daripada aktiviti terus berkaitan hartanah sendiri dan internet.

Setelah memulakan Tips Hartanah pada September 2006, dan masih lagi dikira sebagai ‘jagung muda’ (belumpun setahun jagung.. hehe..) Laman web Tips Hartanah termasuk Blog dan ebook telahpun mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima Kasih saya ucapkan.

Bermula dengan produk Ebook ‘Panduan Membeli Rumah’ yang menjadi panduan kepada hampir setiap orang yang ingin membeli rumah serta informasi di Blog dan Forum, pelbagai perancangan telah saya aturkan untuk tahun ini khusus untuk menyediakan maklumat hartanah yang lebih lengkap dan membantu anda semua. Seperti yang anda lihat di Lamanweb baru TipsHartanah, satu produk bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Ebook ‘Panduan Menjual Rumah Yang Menguntungkan‘ yang mana merupakan ‘harus-milik’ oleh anda yang sudahpun memiliki rumah dan ingin menjualnya untuk keuntungan maksimum. Harga ebook ini dijangka lebih rendah dari Ebook ‘Panduan Membeli Rumah‘ dan amat-amat berpatutan kerana saya merasakan ianya adalah untuk menghargai anda yang telah memberikan sambutan kepada ebook pertama. Selain itu, Tips Hartanah juga akan melancarkan Ebook yang saya jangkakan akan dinantikan oleh ramai peminat hartanah yang baru serta bercadang untuk menceburkan diri di dalam pelaburan hartanah iaitu produk berkaitan Pelaburan Hartanah dan cara-cara menjana pendapatan yang lumayan dengan modal rendah atau RM’0′ yang selama ini mejadi rahsia kebanyakan mereka yang telah berjaya. Nantikannya pada pertengahan tahun ini!

Mengenai Forum TipsHartanah, saya sememangnya mendapat banyak permintaan dari orang ramai untuk menjadikan ia ‘public’ dan tidak seperti sekarang yang mana khusus untuk Ahli TipsHartanah yang membeli produk sahaja. Walaupun cadangan ini sedang saya pertimbangkan, saya haruslah adil kepada pelanggan sedia ada saya yang telah saya janjikan maklumat ekslusif serta manfaat tambahan untuk mereka. Oleh itu, sebagai alternatif, saya merancang untuk membuka satu Forum Baru, yang mana untuk sesiapa sahaja yang ingin membincangkan sebarang isu mengenai hartanah disamping mendapat maklumbalas terus daripada saya untuk isu-isu hartanah tertentu. Forum ini dijangka bermula pada petengahan Bulan Februari atau awal bulan Mac.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan yang ingin dikongsi bersama atau mahukan sebarang produk berkaitan hartanah ditulis, anda bolehlah menghantar email kepada saya di admin[a]tipshartanah.com. Sebarang cadangan dan perkongsian anda akan dipertimbangkan dan amat saya hargai.

Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan di atas sokongan anda semua.

Comment

BERI MAKLUM BALAS