Laporan dan analisis pasaran hartanah untuk 11 bulan pertama 2010 telahpun dikeluarkan dan seperti yang dijangkakan ianya memang meningkat naik seiring dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih dan baik dan dijangkakan melepasi paras RM100 bilion pada tahun 2011. Kenaikan ini adalah suatu rekod yang tinggi dan ianya mungkin menjadi satu petunjuk bahawa pasaran hartanah sedang menuju atau sudah berada di keadaan puncak sebelum berlakunya sebarang ‘pembetulan’ harga dan kejatuhan ekonomi. Masih ingat keadaan pasaran hartanah pada tahun 1996 sebelum kejatuhan ekonomi pada tahun 1997?
Mungkin ada yang berpendapat ianya sudah berlaku 2 tahun lepas tetapi pakar ekonomi berpendapat itu bukanlah kejatuhan ekonomi sebenar. Ianya dijangkakan akan berlaku lagi pada tahun 2012 dan ‘petunjuk sebenar’ iaitu pasaran hartanah telahpun memberikan satu bukti bahawa ianya mungkin akan berlaku… Hehehe.. ini bukan pengaruh movie 2012 ok..
Jika anda hanya membaca tajuk2 akhbar utama mungkin anda hanya disajikan dengan berita-berita ‘baik’ yang mahu mengelakkan rakyat cemas tetapi jika anda membaca sumber-sumber lain yang mempunyai lebih banyak fakta yang boleh dipercayai dan melihat keadaan ekonomi dunia sekarang, mungkin perkara ini (kejatuhan ekonomi) akan berlaku. Sila baca jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) 2011 antara 0.5 dan 0.75 peratus untuk membawanya ke paras neutral 3.50 peratus di sini dan berita tambahan jangkaan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat pada 2012 oleh Jim Rogers di sini. Banyak lagi maklumat lanjut yang boleh anda cari kalau rajin…
Walau apapun ini hanyalah sekadar pendapat saya dan bagi mereka yang mempunyai lebih pengetahuan tentang ekonomi mungkin boleh berkongsi lagi di sini. Bagi anda yang memiliki pinjaman berdasarkan Kadar Pinjaman Asas berbilang tingkat (multi-tier) cthnya seperti BLR+1%, BLR+0% dan sebagainya, mungkin boleh melihat alternatif kadar tetap sebagai pilihan. Tetapi jika pinjaman anda masih baru dan ditawarkan kadar yang rendah (seperti BLR – 2%) untuk beberapa tahun pertama, mungkin anda tidak perlu risau tetapi lihat semula terma pinjaman anda berapa had siling (capped) terhadap kadar BLR tersebut. Biasanya ditetapkan pada 9% tetapi ia mungkin berbeza dari bank ke bank.
Untuk membaca sumber berita asal, sila lihat di bawah….
“Urus niaga hartanah lebih RM100 bilion tahun ini
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Urus niaga hartanah dijangka melebihi RM100 bilion tahun ini daripada RM96.77 bilion pada 11 bulan pertama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Harta, Datuk Abdullah Thalith Md Thani.
Beliau berkata, pemulihan ekonomi telah merancakkan semula pasaran hartanah dengan sub-sektor harta kediaman kekal penggerak utama pasaran.
Nilai urus niaga dalam sektor kediaman antara Julai dan November tahun lepas meningkat 15.5 peratus kepada RM22.6 bilion berbanding tempoh yang sama 2009, sementara urus niaga harta komersial naik 22.4 peratus kepada RM9.78 bilion, katanya pada sidang media mengenai Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia ke-4 2011 di sini hari ini.
Urus niaga hartanah industri meningkat 52.9 peratus kepada RM4.66 bilion, hartanah pertanian naik 22.8 peratus kepada RM4.54 bilion dan urus niaga hartanah pembangunan naik 64.9 peratus kepada RM5.16 bilion.
Bagi pasaran hartanah kediaman, negeri-negeri utama mencatatkan pertumbuhan positif adalah Pulau Pinang yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi 9.7 peratus, diikuti Kuala Lumpur pada 8.2 peratus, Selangor 7.2 peratus dan Johor 3.6 peratus.
Dalam sub sektor pertanian, 106 urus niaga melibatkan tanah estet dicatatkan tahun lepas. Ini termasuk 76 di Sabah, tujuh di Melaka, enam di Negeri Sembilan, dua di Perak dan setiap satu di Pahang dan Sarawak.
Abdullah Thalith berkata, terdapat juga peluang bagi pemaju swasta yang mempunyai simpanan tanah yang banyak dan tanah bekas perladangan untuk membangunkan taman perindustrian berikutan kekurangan tanah industri kosong di Selangor dan Wilayah Persekutuan. “- Bernama
Salam, apa akan jadi bila ekonomi jatuh tahun depan? Adakah harga hartanah pun akan jatuh atau sebaliknya? Maaf,saya baru berjinak dgn hartanah.