Semalam bolehlah saya katakan antara hari yang besar dan bersejarah dalam sistem perundangan dan pentadbiran tanah Malaysia.ย Setelah sekian lama mahkamah ‘duduk’ di atas keputusan yang ‘silap’, semalam Hakim Mahkamah Persekutuan Tun Zaki Azmi telah membuat keputusan baru ke atas perundangan tersebut yang mana merujuk kepada Seksyen 340, Kanun Tanah Negara 1965.
Selama bertahun-tahun kes Adorna Properties telah menjadi rujukan Mahkamah dalam membicarakan pembeli ‘bona-fide’ dan juga penjualan tanah melibatkan pemalsuan dokumen. Dan setiap kali ia di bawa ke mahkamah, keputusannya pasti akan memihak kepada pembeli ‘bona-fide’ tersebut dan merugikan pemilik asal walaupun transaksi jualan tersebut adalah melalui pemalsuan dokumen.
Kini, apa yang diharap-harapkan oleh semua pihak telahpun menjadi kenyataan… keadilan telah ditegakkan… imej kehakiman dan perundangan hartanah sedikit sebanyak telah diperbetulkan dengan keputusan mahkamah persekutuan semalam yang mana memihak kepada pemilik sebenar tanah di mana tandatangan beliau telah dipalsukan dan hartanah beliau telah dijual.ย Semoga dengan keputusan ini kes Adorna Properties hanya menjadi sejarah dan boleh diketepikan dalamย membicarakan kes sebegini dan yang berkaitan Seksyen 340, Kanun Tanah Negara.
Untuk berita lanjut mengenai penghakiman kes terbaru ini, sila klik di sini.