SHARE AND LIKE THIS POST

AmBank Group akan mula menawarkan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) seawal September ini.

Para pelabur kini mempunyai pilihan lebih banyak untuk berurusan dengan AmBank selain berpeluang mempelbagaikan pelaburan mereka dan AmBank memperuntukkan sebanyak 200 juta unit berharga RM1 setiap satu.

Penganjur dana itu adalah Pelaburan Hartanah Bumiputera (PHB) dan diuruskan oleh Maybank Asset Management. Sejumlah 1.5 bilion unit baharu disuntik ke dalam dana itu pada awal tahun ini, sekaligus melonjakkan jumlah keseluruhannya kepada 3.5 bilion unit sejak dilancarkan pada 2010. Namun daripada 1.5 bilion, hanya tinggal 400 juta unit di pasaran ketika ini.

 

Ciri-ciri dana itu terus menarik minat pelabur kerana disokong oleh hartanah komersial utama, patuh Syariah serta sentiasa memberi dividen kukuh dan konsisten.

AHB mempunyai 16 hartanah di bawah portfolionya termasuk Jaya33, Nu Sentral, 1Sentrum dan Gleneagles.

Sumber – Bernama

 

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS