Bermula 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Negara akan Di tukar kepada suatu badan baru yang akan dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kemeterian Kewangan, dakwaan perbentian pemberian pinjaman perumahan kepada penjawat awam adalah tidak benar, malah kerajaan akan terus memberikan pinjaman tetapi dengan beberapa penambahbaikan kepada urusan pembiyaan perumahan kakitangan awam (Lihat kenyataan media di sini).
Bermula 1 Januari 2016, Penjawat Awam boleh memohon pinjaman perumahan melalui laman sesawang LPPSA di www.lppsa.gov.my. Semua dokumen pinjaman perumahan perlu disediakan oleh Panel Peguam LPPSA.
Walaubagaimanapun peguam yang bukan Panel masih boleh digunakan dan tertakluk kepada kelulusan LPPSA seperti berikut:-
- Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 3 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Januari 2015.
- Bagi Pinjaman Perumahan Jenis 1,2,4,5,6 dan 7 di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani pada dan selepas 1 Jun 2015.
- Dokumen pinjaman baru akan digunakan di bawah LPPSA.
- Oleh itu dokumentasi pinjaman yang telah diluluskan hendaklah diselesaikan dan diserahkan kepada Pejabat Tanah sebelum 31 Disember 2015.
- LPPSA akan melantik Panel Insuran baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016.