Akhirnya jangkaan saya sebelum ini tiba juga.. pasaran hartanah kini semakin perlahan terutamanya kondominium mewah yang berorientasikan spekulasi dan bergantung kepada pasaran sewa. Pada hari Jumaat yang lepas, dalam perjalanan ke masjid dan menunggu lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba mata saya terpandang satu papan iklan hartanah untuk dilelong. Dan buat kali pertama… ianya adalah sebuah kondominium mewah di sekitar KLCC iaitu Dua Residency yang akan dilelong pada harga rezab RM1.9 juta.
Anda ingin membelinya? Hahaha… saya menjangkakan ianya tidak akan terjual kerana mengapa orang perlu membeli hartanah sedemikian dalam keadaan pasaran sekarang yang lembab? Dalam masa beberapa bulan akan datang kita juga akan dapat melihat lebih banyak lagi hartanah seperti ini mungkin dilelong kerana pemilik tidak dapat menampung lagi kos pinjaman dan hartanah yang tidak mendapat permintaan sewa… dengan bayaran bulanan melebihi RM6,000 sebulan tidak ramai yang mungkin dapat bertahan jika keadaan sekarang berterusan dan ditambah lagi terlalu banyak unit-unit baru memasuki pasaran.
Oleh itu bagi anda yang berminat untuk membeli kondo mewah seperti ini, simpan dulu duit anda dan nantikan lebih banyak pilihan pada harga yang lebih rendah di masa hadapan.. sama ada di dalam lelongan ataupun terus dari pemilik yang semakin terdesak…
nuffnang_bid = “ee9573879a3469a88fe3286228d8a6d8”;