SHARE AND LIKE THIS POST

kliaeastSetelah sekian lama diperdebatkan dan diperjuangkan oleh Air Asia, KLIA East akhirnya dibatalkan oleh kerajaan yang pada mulanya telahpun memberikan lampu hijau untuk projek mega tersebut dibanugnkan di Labu, Negeri Sembilan.

Air Asia yang sebelum ini telah memberikan hujah-hujah mereka serta membentangkan mengapa projek itu patut dibangunkan berdasarkan unjuran perkembangan dan peningkatan penumpang pesawat tambang murah (lihat di sini) akhirnya bersetuju dengan saranan baru kerajaan bahawa Malaysia Airports Berhad akan membina LCCT yang baru berhampiran KLIA dengan mendapatkan nasihat serta berkerja rapat dengan Air Asia.

Bagi saya, setelah meneliti hujah-hujah yang diberikan oleh Air Asia, sememangnya satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) baru perlu dibangunkan segera memandangkan situasi di LCCT sementara sekarang yang amat tidak selesa, kecil dan tidak teratur.  Seringkali terdapat rungutan bagi mereka yang menggunakan LCCT dan pada satu ketika saya pernah terbaca di mana pelancong memberikan komen negatif terhadap LCCT tersebut di mana sistem yang tidak teratur dan terpaksa beratur panjang dengan lama untuk menunggu penerbangan.

Saya juga hairan mengapa sebelum ini MAB tidak memberikan perhatian yang lebih kepada LCCT dan Air Asia dalam menaiktaraf terminal tersebut secepat mungkin sedangkan AirAsia merupakan penyewa utama mereka. Adakah ini kerana persaingan yang diberikan oleh AirAsia kepada MAS? Dan adakah juga permintaan Khazanah Nasional sebelulm ini meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan yang diberikan mempunyai kaitan disebabkan ia merupakan pemegang saham utama MAS?

Walau apa pun, saya mengharapkan dengan kerjasama baru yang bakal bermula ini, satu LCCT yang lebih baik dan canggih dapat dibina secepat mungkin untuk menampung pertambahan penumpang dan juga pesawat serta dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada kita semua apabila menggunakan LCCT kelak.

Untuk bacaan lanjut serta komen menarik, sila lawati link berikut:-

Comment

BERI MAKLUM BALAS