Beberapa hari lagi Bajet 2013 akan dibentangkan dan seperti yang dibincangkan dan diulas dalam minggu yang lepas Tips Hartanah akan cuba membuat ulasan sendiri mengenai isu perumahan di Malaysia. Antara isu-isu hangat yang menjadi isu utama adalah rumah mampu milik serta skim perumahan yang sedia ada sekarang iaitu Skim Rumah Pertamaku (SRP), Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
Luahan dan komen-komen utama berkaitan Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah pinjaman yang sukar diluluskan untuk mereka yang cukup syarat di bawah Skim ini. Seperti yang sedia maklum, syarat maksimum pendapatan adalah RM3,000 sebulan sebagai salah satu syarat untuk memohon di bawah SRP dan kebanyakannya tidak layak mendapatkan pinjaman atas alasan komitmen yang tinggi. Selain itu ramai diantara mereka yang masih tidak jelas bagaimana cara untuk memohon pinjaman di bawah program SRP.
Di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) pula, luahan utama adalah lokasi perumahan yang bakal dibina jauh dari kawasan bandar dan ini akhirnya membebankan semula mereka yang membeli kerana terpaksa menanggung kos minyak dan tol untuk berulang-alik ke tempat kerja sedangkan golongan sasaran adalah mereka yang berpendapatan sederhana. Selain itu komen-komen utama yang diterima oleh Tips Hartanah ialah maklumat projek yang tidak diwarwarkan dengan jelas serta maklumbalas yg perlahan dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu badan yang mengawalselia skim ini kepada pengguna yang menghubungi mereka. Ada diantara pembaca yang meluahkan bahawa talian bebas tol tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali.
Bagi program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) pula isu paling hangat adalah proses permohonan yang tidak jelas iaitu sama ada melalui Pejabat Wakil Rakyat atau terus kepada SPNB selain proses permohonan yang mengambil masa terlalu lama untuk diberikan respons – ada sehingga bertahun-tahun lamanya dan tiada status atau respons diberikan kepada pemohon. Semakan pada
Oleh itu, antara cadangan untuk memperbaiki ketiga-tiga skim perumahan di atas, saya mengesyorkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melakukan beberapa perkara di bawah yang mungkin boleh membantu:-
1. Isu Status Permohonan – kerajaan seharusnya mewujudkan satu pangkalan data berpusat yang boleh digunakan untuk tujuan permohonan dan menyemak status permohonan secara terus oleh pemohon melalui sistem ‘online’. Walaupun PR1MA telahpun menggunakan permohonan secara ‘online ianya dilihat lebih terpencil dan menjurus kepada projek yang dilancarkan pada sesuatu masa seperti pelancaran PR1MA di Putrajaya (Lihat Di Sini). Saya berpendapat sekiranya SPNB tidak mampu menjalankan pengurusan pangkalan data ini dengan baik, ianya perlulah diambilalih oleh badan lain atau ditadbir diperingkat negeri sebagaimana perumahan kos rendah. Berdasarkan respons yang diterima, SPNB seolah-olah tidak mempunyai kemampuan untuk menangani pengurusan skim-skim ini yang menyebabkan pelbagai isu seperti respons yang lambat dan status permohonan tidak diberikan kepada pemohon walaupun setelah berbulan-bulan.
2. Isu Lokasi – Dalam hal ini saya fikir adalah kurang adil jika kita meminta untuk semua rumah-rumah mampu milik untuk dibina di kawasan bandar bagi skim PR1MA. Ini disebabkan kos tanah yang tinggi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Oleh itu, antara penyelesaian yang boleh dilakukan adalah menaiktaraf sistem pengangkutan awam dan membina perumahan mampu milik ini berhampiran sistem pengangkutan rel walaupun berada di pinggir bandar. Saya fikir ini sudahpun berada di dalam perancangan kerajaan. Untuk membina perumahan di kawasan bandar, cara yang boleh dilakukan adalah melalui pembinaan projek strata berkepadatan tinggi seperti apartment/kondo. Wakau bagaimanapun untuk skim PR1MA kerajaan atau SPNB seharusnya memaklumkan kepada umum maklumat projek-projek yang bakal dibina serta cara permohonan dengan lebih jelas kerana masih ramai yang kurang jelas mengenainya.
3. Isu Harga, Spekulasi dan Kuota– Antara isu yang menjadi topik hangat pada masa ini adalah spekulasi hartanah. Spekulasi telah menyebabkan perumahan baru habis terjual sedangkan bukan untuk didiami sendiri. Unit-unit tersebut kemudiannya dijual semula pada harga yang lebih tinggi untuk keuntungan jangka pendek. Selain dari kawalan melalui Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) apa yang saya ingin cadangkan adalah semua perumahan di kawasan bandar ditetapkan kuota untuk pembeli di bawah skim SRP supaya mereka tidak perlu bersaing dengan spekulator/pelabur yang biasanya mempunyai status kewangan yang kukuh dan pinjaman sedia diluluskan bila2 masa oleh bank. Sebagaimana perumahan kos rendah, kerajaan boleh menetapkan kuota 20%-30% untuk sesuatu projek perumahan baru seperti berharga bawah RM500,000 untuk skim SRP ataupun PEMBELI PERTAMA bukan di bawah skim SRP. Ini boleh dipastikan dengan mudah melalui rekod CCRIS sedia ada serta rekod RPGT yang difailkan oleh seseorang. Walau bagaimanapun, untuk berlaku adil kepada pemaju kuota ini boleh dihadkan untuk tempoh masa tertentu sebelum ianya dibuka kepada umum secara berperingkat.
4. Had Kelayakan Pendapatan Maksima SRP – Had maksimum Pendapatan isirumah RM3,000 sedia ada adalah rendah di bandar-bandar besar. Berdasarkan respons, mereka yang berpendapatan isirumah RM3,000-RM5,000 di bandar seperti Kuala Lumpur masih gagal menyimpan 10% untuk pembelian rumah pertama mereka dan seterusnya masih tidak dapat membeli rumah yang semakin mahal. Oleh itu, had ini perlu dikaji semula dan boleh ditetapkan secara berbeza mengikut bandar-bandar tertentu.
5. Pinjaman 100% Untuk Golongan Berpendapatan Sederhana – Memandangkan SRP hanya terhad kepada golongan berpendapatan maks RM3,000, kerajaan bolehlah menggalakkan bank-bank lain mengikuti langkah Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dalam melancarkan skim SRP mereka sendiri (baca Skim Rumah Pertamaku MBSB) dengan memberikan pinjaman sehingga 100% untuk golongan berpendapatan sederhana untuk pembelian rumah pertama mereka. Seperti yang dinyatakan di atas, masih ramai golongan ini yang tidak mampu membeli rumah disebabkan tidak dapat menyediakan 10% deposit dan juga kos-kos lain yang terlibat seperti guaman, penilaian dll disebabkan komitmen sedia ada yang tinggi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang ulasan dan syor-syor tambahan, sila berikan komen anda di bawah.
terima kasih atas perkongsian tuan, amat menarik…
isu Pr1ma ni mmg hangat diperkatakan..kelayakan utk memiliki nya pun bergantung kpd nasib. terdapat cabutan undi walaupun submisson dibuat.semuanya rezeki. bagi mereka yg mempunyai kapasiti kewangan yg kukuh, semakin kaya…tetapi yg pertengahan selalu dihimpit.ditambah lagi dgn cukai yg dikenakan, sdgkan syarikat2 besar mendapat pengecualian cukai..tidak bg golongan pertengahan…tiada pengecualian..wallahualam…
Nama saya YODIKA RONI, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada semua orang agar berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman internet kerana begitu banyak pemberi pinjaman internet di sini adalah semua penipu dan mereka hanya berkongsi cerita untuk menipu wang anda, saya memohon pinjaman sebesar Rp500.000.000 dari seorang wanita di Jerman dan saya kehilangan jumlahnya sebesar Rp15.000.000 tanpa mendapat pinjaman,
Pada tarikh 27 September, 2017, rakan saya Suri Yono di tempat kerja memberitahu saya bagaimana dia memohon pinjaman dari CAPITAL LOAN CENTER dan dia akhirnya menerima pinjamannya. Saya tidak pernah mempercayainya sehingga saya pergi bersamanya ke bank untuk mengesahkannya dan saya kagum kerana saya telah kehilangan banyak wang hanya untuk mendapatkan pinjaman untuk keluarga saya.
Semoga ALLAH memberkati puan yang baik untuk apa yang dia lakukan kepada saya dan keluarga saya, saya memberitahu kawan saya untuk memperkenalkan saya kepada ibu yang baik. Tomasa Justin, CAPITAL LOAN CENTER, dia dan saya memohon pinjaman sebesar Rp500,000,000.
Saya mematuhi terma dan syarat pinjaman syarikat dan permohonan pinjaman saya diluluskan untuk saya tanpa tekanan dan kesukaran.
Akhirnya, saya menerima pinjaman dalam akaun bank saya dan saya memanggil rakan saya, Suri Yono bahawa saya telah menerima pinjaman itu dan saya juga memperkenalkan begitu banyak orang kepada ibu yang baik, Puan Ana Michael.
Saya mahu anda yang membaca kesaksian saya untuk menghubungi ibu yang baik jika anda memerlukan pinjaman supaya anda juga akan memberi keterangan mengenai muhibah ibu yang baik.
jadi saya menggunakan jalan ini untuk memaklumkan setiap orang Indonesia dan orang lain yang sesuai untuk membaca kesaksian saya dan dia memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Madam Tomasa Justin melalui EMAIL: [TOMASAJUSTINCAPITALLOANCENTER@GMAIL.COM]
Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui EMAIL: YODIKARONI@GMAIL.COM
Anda juga boleh menghubungi rakan saya Suri Yono melalui EMAILnya: YONOSURI702@GMAIL.COM
sekali lagi terima kasih semua untuk membaca kesaksian saya, dan semoga ALLAH terus memberkati kita semua dan memberi kita hidup dan kemakmuran