SHARE AND LIKE THIS POST

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan mula meluaskan kemudahan pembiayaan perumahan kepada generasi kedua pembeli hartanah bagi projek perumahannya di Sepang, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Zaini Othman.

MBSB yang mana merupakan pembiaya bukan bank dan tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara berkata melalui kemudahan pembiayaan khas ini ia akan membolehkan para pembeli rumah yang kebanyakannnya pesara berumur 50-an untuk memanjangkan pembayaran balik bulanan pinjaman rumah kepada anak-anak (generasi kedua).

Menurut Ahmad Zaini, pembeli hartanah ini akan ditawarkan kadar faedah yang sedikit tinggi berbanding kadar pembiayaan asas iaitu KPA-0.5% dengan tempoh 30 tahun atau umur 70, yang mana terdahulu. Kadar faedah ini adalah lebih tinggi berbanding jenis pinjaman perumahan konvensional disebabkan faktor umur dan profil pembeli.

Pembeli projek Sepang memperoleh harapan baru selepas MBSB bercadang untuk membaik pulih projek perumahan yang pernah terbengkalai di Bandar Baru Salak Tinggi. Ia juga akan menyediakan pembiayaan sejumlah RM243 juta untuk pembeli akhir bagi projek tersebut.

Penawaran pinjaman ini dilihat sebagai satu galakan untuk sektor hartanah di Malaysia yang telah menghadkan pembiayaan untuk peminjam sehingga usia 70 tahun sahaja.

Penganalisis dan pakar ekonomi melihat jenis pembiayaan hartanah generasi kedua ini adalah respons kepada kenaikan harga hartanah, di mana baru-baru ini Bank Negara telah cuba untuk mengekang kenaikan harga rumah yang terus meningkat.

Seorang penganalisis kanan salah satu daripada lima bank terbesar tempatan-berkata ia bakal menyelesaikan isu legasi yang mana akan mengurangkan pinjaman tidak berbayar MBSB sekurang-kurangnya 200 mata asas dalam tahun kewangan 2012 daripada 8.5% pada tahun lepas.

โ€œMBSB perlu memulakan menawarkan pembiayaan hartanah jenis ini disebabkan oleh kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi. Harga rumah terus menaik, oleh sebab itulah pembiaya perlu membenarkan pinjaman jenis ini. Jika tidak, di mana aliran baru pinjaman akan datang lagi? โ€ ditanya kembali oleh Penganalisis kanan.

โ€œJenis pembiayaan ini adalah sangat berisiko untuk ekonomi yang lebih luas secara keseluruhannya. Ia hanya berfungsi untuk meningkatkan hutang isi rumah dan menggalakkan generasi akan datang berhutang walaupun sebelum mereka dilahirkan. Para Pembiaya ini harus bertanya: Bagaimana sekiranya generasi semasa peminjam tidak mempunyai anak-anak, dan mereka tidak mempunyai sesiapa untuk mengembalikan wang pinjaman mereka, โ€œkata ahli ekonomi.

Sumber berita asal – The Star

Comment

BERI MAKLUM BALAS