SHARE AND LIKE THIS POST

Apakah sebenarnya Deed of Mutual Covenant (DMC)?   Kepada pembeli rumah strata seperti apartment dan kondominium, saya yakin anda tentu ingat tentang dokumen ini yang mana anda tandatangani bersama Dokumen Perjanjian Jualbeli (SPA) ketika membeli rumah dahulu.  Dokumen ini merupakan dokumen yang perlu ditandatangani oleh pembeli sesebuah rumah strata ketika membelinya dari pemaju untuk ‘mengikat’ pembeli atau bakal penduduk terhadap peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa tinggal di kediaman strata tersebut.

Deed of Mutual Covenant secara ringkasnya atau melalui pemahaman biasa adalah merupakan suatu perjanjian yang mengikat semua pembeli di dalam sesuatu kediaman strata untuk mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan semasa mendiami sesebuah hartanah strata.  Secara asasnya ia menerangkan undang-undang atau peraturan-peraturan serta hak dan tanggungjawab pemilik bersama terhadap hartanah strata tersebut.   Dengan adanya DMC ini, hak serta kebaikan majoriti penduduk bersama akan lebih terjaga di mana setiap pemilik bertanggungjawab mematahui peraturan seperti membayar caj pengurusan serta penggunaan kawasan bersama(common area) dengan lebih bertanggungjawab.  Selain itu adalah penting untuk kita tahu bahawa DMC juga merupakan perjanjian yang ‘berstem’ atau agreement under seal di mana pihak yang melanggar perjanjian boleh didakwa oleh pihak yang lain.

Apakah kandungan utama DMC?

Selain dari menerangkan pihak-pihak terlibat dalam perjanjian iaitu biasanya Vendor/pemaju dan pembeli/pemilik, DMC menerangkan dengan jelas perihal perjanjian yang perlu dipatuhi, hak penggunaan unit-unit individu, tanggungjawab membayar utiliti (air dan elektrik), hak laluan utiliti di dalam bangunan, pengurusan dan penyelenggaraan hartanah serta kawasan bersama dan pembayaran yuran pengurusan dan penyelenggaraan.  Selain itu DMC juga menerangkan dengan jelas mengenai tanggungjawab penubuhan Management Corporation (Perbadanan Pengurusan) oleh pemaju, Insurans dan perkara-perkara lain yang difikirkan berkaitan dan bersesuaian oleh pemaju.  Oleh itu, DMC biasanya merupakan suatu perjanjian yang tidak standard dan berbeza antara satu projek dengan projek yang lain.

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Bagi mereka yang belum menandatangani DMC, anda mungkin boleh menyemak satu persatu klausa dan kandungan DMC sebelum menandatanganinya.  Ianya akan menerangkan tanggungan serta tanggungjawab anda keatas perkara-perkara yang telah dinyatakan.  Sekiranya anda melanggar mana-mana perkara yang telah ditetapkan, pihak yang satu lagi boleh mengambil tindakan terhadap anda sebagaimana yang termaktub dalam DMC. Begitu juga sebaliknya di mana anda sebagai pemilik boleh mengambil tindakan ke atas pemaju jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sperti melakukan pengurusan dan penyelenggaraan terhadap bangunan.

 Adakah Anda Juga Terikat Dengan DMC Apabila Membeli Rumah Dari Pemilik Asal?

Jawapannya adalah Ya.  Walaupun anda tidak menandatangani sebarang DMC ketika membeli rumah ‘second-had’ dari pemilik asal, perjanjian yang  asal akan menguatkuasakan peraturan-peraturan tersebut kepada semua pemilik selepas itu sehinggalah Management Corporation ditubuhkan yang mana biasanya dinyatakan dengan jelas di bawah klausa ‘Binding Effect’ di dalam DMC .

Selain daripada kandungan-kandungan utama di dalam DMC, pemilik juga secara langsung akan tertakluk kepada penguatkuaan untuk mematuhi ‘House Rule’ iaitu syarat-syarat yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa mendiami di hartanah strata tersebut.   Ini juga dinyatakan dengan jelas di dalam salah satu klausa DMC supaya pemilik perlu mematuhi syarat yang terdapat di dalam ‘House Rule’ tersebut.

Secara ringkasnya, setiap pembeli haruslah meneliti kandungan DMC apabila membeli sesebuah hartanah strata seperti apartment atau kondominium.  Ini disebabkan kandungan DMC adalah tidak standard dan biasanya disediakan oleh peguam pemaju yang mungkin terlalu berat sebelah kepada pihak mereka.  Walaupun dalam banyak keadaan pembeli tidak mempunyai pilihan untuk meminta perubahan kepada klausa-klausa tertentu, adalah sebaiknya untuk meminta penjelasan terhadap sesuatu klausa yang tidak jelas dan mungkin boleh memberikan kesan yang boleh membawa perbalahan apabila anda telah mendiami hartanah tersebut.

Semoga sedikit penjelasan tentang Deed of Mutual Covenant (DMC) ini serba sedikit dapat memberikan penerangan kepada anda tentang salah satu dokumen yang anda tandatangani ini semasa membeli rumah.  Sila nyatakan sebarang komen anda terhadap DMC di sini.

Comment

2 KOMEN

  1. Salam,

    Terima kasih kerana memberi penerangan berkenaan dengan DMC dan saya ada beberapa soalan disini :-

    1. DMC adalah ditadatangani oleh pembeli dan penaju, soalanya apabila ditubuhkan JMB, adakah DMC ini masih berkuatkuasa atau ianya luput kerana JMB ditubuhkan melalui Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 ( Akta 663)

    2. Setahu saya bila JMB ditubuhkan maka JMB ada kuasa untuk mencipta House Role dan juga kadar bayaran maintainance serta apa-apa peraturan yang dipersetujui semasa mesyuarat agung dan ini menujukkan bahawa DMC sudah tidak terpakai.

    3. Bila Hak Milik strata di keluakan dan MC telah ditubuhkan maka dengan cecara rasmi pemaju sudah tiada hak lagi terhadap hartanah tersebut. sekali lagi persoalan adakah DMC masih berkuat kuasa ?

    Kesimpulannya DMC yang kita tandatangani dengan pemaju hanya terpakai sebelum JMB ditubuhkan

    Harap dapat penjelasan lanjut

    Ikhlas

  2. Saya merasakan perlu untuk berbincang soalan yang dikemukakan oleh En Azmi di atas perkara DMC.
    DMC diwujudkan di bawah Seksyen 8 Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Perintah.
    Akta ini berkuatkuasa pada tahun 2007 dan hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
    Walau bagaimanapun, penubuhan JMB perlu ditubuhkan dibawah Seksyen 4 Akta 663 walaupun Akta ini baru digubal pada 2007.
    Salah satu tugas dan kuasa yang diberi kepada JMB adalah mengadakan kaedah dalaman (atau DMC)yang dibuat di bawah Seksyen 8 Akta 663 ini.
    DMC ini akan berkuatkuasa bermula daripada penubuhan JMB hingga pembubarannya di bawah Seksyen 15 Akta 663 ini..
    Setelah JMB dibubarkan, maka MC atau Management Corporation ditubuhkan pula di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)..
    Harap boleh difahami dan dibezakan antara JMB dan MC serta penguatkuasaan DMC serta dibuka untuk teguran

BERI MAKLUM BALAS