SHARE AND LIKE THIS POST

Sempena cuti raya yang panjang ni, nampaknya barulah saya mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan kepada blog ni.  So bolehlah saya berkongsi lebih banyak mengenai sebarang maklumat yang saya perolehi atau ketahui dengan anda semua.

Sebenarnya saya just nak kongsi sedikit mengenai isu pinjaman 2 generasi dimana anak boleh menyambung bayaran pinjaman yang dibuat oleh bapa/generasi terdahulu.  Ini adalah untuk memastikan perkara asas seperti rumah dapat dimiliki oleh setiap orang dengan membuat tempoh pinjaman yang lebih panjang. Menurut komen yang saya baca di Blog Datuk Mohd Ali Rustam, perkara sebegini telahpun dilaksanakan di Jepun dan Eropah.  Menurut beliau jika Bank Negara memberi pertimbangan kepada isu ini mungkin masalah pemilikan hartanah oleh bumiputera dapat ditingkatkan lagi terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Perkara ini sebenarnya ada baik dan kurangnya.  Walaupun dengan memanjangkan tempoh pinjaman kita hanya membayar lebih banyak faedah terhadap pinjaman tersebut, saya fikir jika ini merupakan satu cara yang boleh membantu golongan yang kurang berkemampuan ini, hasrat untuk 1 keluarga 1 rumah pastinya boleh dicapai dan barulah isu setinggan mungkin dapat diselesaikan.

Bagaimana pendapat anda?

Comment

BERI MAKLUM BALAS