SHARE AND LIKE THIS POST

Sebagaimana yang saya maklumkan dalam posting terdahulu mengenai rumah mampu milik, berikut adalah maklumat lanjut mengenai program tersebut yang mana telah dilancarkan pada minggu lepasย  dengan nama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Tawar Pinjaman Sehingga 105 Peratus

Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.

Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.

Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.

Perdana Menteriย melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya
pada 4 Julai 2011

Projek PR1MA

  • Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
  • Harga seunit ditetapkan antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut lokasi.
  • Untuk projek fasa pertama di Presint 11, Putrajaya harga seunit bermula daripada RM120,000.
  • Hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.
  • Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
  • Tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.

Sumber : Berita Harian

Video: Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Comment

20 KOMEN

  1. untuk yg nak beli rumah di Bandar Tun Razak atau tpt selain Putrajaya,pendaftaran belum dibuka ye? sbb saya tgk di website,pendaftaran hanya baru dibuka untuk di Putrajaya sahaja.
    Mohon keterangan lanjut dari pihak yang berkenaan…tq =)

  2. Asalamualaikum,

    Saya amat berminat untuk menyertai skim rumah pertamaku yang dilancarkan ketika pembentangan budjet 2012 tetapi tak tahu bagaimana & di mana untuk mendaftarkan diri. Apa syarat-syarat yang perlu saya patuhi? Jika boleh, saya inginkan jawapan dengan segera. Wasalam…

  3. Assalamualaikum,

    Saya amat berminat untuk menyertai skim ini. Saya berminat di kawasan Putra Height…tolong maklum pada saya bila dan di mana sayaboleh mula mendaftar, Terima Kasih

  4. Salam…saya juga adalah antara mereka2 yg tidak berkemampuan untuk membeli rumah..dengan adanya skim seperti ini dapatlah kiranya saya menjadi sebahagian dari mereka yg terpilih…cuma masalah saya, bagaimana dan bila kita boleh memohon..adakah hanya mengisi borang secara online..atau harus membeli borang..sila beri jawapan yg tepat..untuk kami yg mengharapkan jawapan.

  5. Saya amat berminat untuk menyertai skim ini. Saya berminat di kawasan Serembanโ€ฆtolong maklum pada saya bila dan di mana saya boleh mula mendaftar, Terima Kasih

  6. sya berminat untuk skim memiliki rumah di kawasan tun razak.tapi permohonan telah ditutup.aderkah tempat baru di sekiter kawasa selangor yang masih ader kekosong..jiker ader plaz email saya..rumah per tama ku..timer kasih.

  7. saya nak tanya kat rawang area ada rumah prima 1 malaysia tak saya sudah 34 tahun tapi masih tak mampu memeliki rumah sendiri tolong bagi tahu jika ada terima kasih

  8. Saya berminat untuk menyertai skim ini…dan saya mencari di area sri kembangan…atau yg berdekatan dengan k.l…mcmn untuk menyertai skim ini? Terima kasih

  9. Sy sunarti dari kawasan banting selangor..tiada ke d kwasan banting..sy n kuarga xmampu memiliki rumah sendiri,menyewa bertahun2..sila beri jwpn segera..terima kasih

BERI MAKLUM BALAS