SHARE AND LIKE THIS POST

KUALA SELANGOR – Pemaju hartanah terkemuka, Worldwide Holdings Berhad (Worldwide Holdings) akan menganjurkan program rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Galeri Jualan Puncak Bestari.

Ketua Projek Worldwide Holdings , Noor Azmi Ali, berkata, program Cahaya Aidilfitri berkenaan bukan sekadar rumah terbuka malah memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri dengan lebih dekat prospek pembelian hartanah di Puncak Bestari 1.

Menurutnya, kesemua produk hartanah yang dibangunkan oleh Worldwide Holdings bukan sahaja mementingkan ciri rekaan dan konsep, bahkan turut menitikberatkan soal kualiti sejak dari awal melalui pemantauan dan pengiktirafan Qlassic Score.

 Selain itu, projek hartanah di Puncak Bestari 1 menawarkan konsep rumah mewah mampu milik dengan kawasan persekitaran yang menarik, dibina kawasan tanah lebih tinggi serta  lokasi yang strategik.

“Untuk rumah di Puncak Bestari 1, kita menawarkan konsep rumah mewah pada harga mampu milik di mana kawasan yang dibangunkan berkeluasan 124 ekar dan hingga kini hampir 70 peratus kediaman sudah dimiliki.

 

“Puncak Bestari 1 merupakan lokasi strategik dan berpotensi dengan kemudahan akses utama termasuk berdekatan dengan pasar raya-pasar raya utama seperti Tesco dan Econsave, pusat pengajian tinggi UiTM Puncak Alam, pusat rekreasi seperti tasik dan taman permainan serta pusat-pusat komuniti.

 

“Dengan ciri rekaan eksklusif dan moden, Puncak Bestari 1 menawarkan empat kategori kediaman yang menawarkan pengalaman dan mempunyai keluasan lantai berbeza,” katanya.

Noor Azmi menunjukkan keadaan pelan pembangunan untuk projek perumahan di Puncak Bestari 2.

Keempat-empat kategori rumah tersebut ialah Cendana (teres dua tingkat), Cengal (rumah berkembar dua tingkat), Belian (banglo dua tingkat) dan Jati (lot komersial) yang telah siap sepenuhnya berserta Sijil Layak Menduduki (CCC).

“Sebanyak 208 unit rumah Cendana (24’ x 70’) merupakan kediaman yang dibina dengan rekaan yang mementingkan keluasan bagi keselesaan penghuni.

 

“Berkeluasan antara 2,290 hingga 2,388 kaki persegi, Cendana memiliki empat buah bilik dan empat buah bilik air malah dibina hanya antara empat hingga enam buah rumah sebaris untuk mengurangkan kepadatan,” katanya.

Worldwide Holdings Berhad menawarkan Skim Mudah Milik dengan hanya membayar RM5,000 sebagai deposit untuk memiliki rumah Cendana.

Selain itu, bakal pembeli rumah Cendana akan menikmati beberapa keistimewaan pakej terbaru termasuk diskaun bumiputera sebanyak 7 peratus dan kos Perjanjian Jual Beli (SPA) serta kos Memorandum Tukar Hak Milik (MOT) secara percuma.

Bagi kediaman Cengal (35’ x 80’), terdapat 48 unit kediaman yang dibina di atas tanah berkeluasan tiga ekar dengan keluasan 2 345 kaki persegi.

Dengan rekaan empat bilik, pakej harga kediaman berkembar dua tingkat itu bermula pada harga RM 898,888.

“Kita juga mempunyai 40 unit kediaman banglo dua tingkat iaitu Belian yang berkeluasan 2,545 kaki persegi (50’ x 90’) dengan rekaan lima buah bilik pada harga permulaan RM 1, 088, 888.

 

“Selain itu, untuk lot komersial pula kita mempunyai 34 unit kediaman Jati 3 (24’ x 60’) dan 39 unit Jati 4 (24’ x 60’/70’) yang masing-masing di bina pada keluasan 2,737 kaki persegi (RM 1, 067, 937) dan 2,778 hingga 9,990 kaki persegi,” katanya.

Mengulas lanjut perkembangan terkini Worldwide Holdings, Noor Azmi menjelaskan pihaknya sedang dalam proses membangunkan fasa pertama bagi projek perumahan Puncak Bestari 2.

“Orang ramai juga berpeluang mendapatkan maklumat awal berkaitan prospek pemilikan hartanah di Puncak Bestari 2 dan kita juga akan membuka pendaftaran awal pada program Cahaya Aidilfitri nanti (esok),” katanya.

Comment

BERI MAKLUM BALAS