SHARE AND LIKE THIS POST

Dalam proses jual beli hartanah, terdapat beberapa surat/borang yang terlibat yang perlu diambil tahu sama ada anda sebagai penjual, pembeli mahupun sebagai perunding hartanah. Majoriti sudah mengenali surat/borang ini tetapi berkemungkinan terdapat segelintir daripada anda tidak biasa akan nya. Antaranya adalah seperti berikut:-

  1. ย Exclusive/General Appointment to Act An Estate Agent
  2. ย Agreement to Purchase/Let
  3. ย Letter of Intent (LOI)
  4. ย Sale and Purchase Agreement

Apakah yang dimaksudkan dengan Surat/Borang ini?

๐Ÿ) ๐„๐ฑ๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž/๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฅ ๐€๐ฉ๐ฉ๐จ๐ข๐ง๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐ญ๐จ ๐€๐œ๐ญ ๐€๐ง ๐„๐ฌ๐ญ๐š๐ญ๐ž ๐€๐ ๐ž๐ง๐ญ (๐‹๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก)

Exclusive/General Appointment to Act An Estate Agent atau Borang Lantikan Agensi Hartanah ini digunakan dimana pemilik rumah ingin melantik perunding hartanah untuk menguruskan urusan penjualan/sewaan hartanah mereka. Syarat dan terma yang terkandung dalam borang tersebut adalah digunapakai antara pemilik rumah dengan perunding hartanah. Kebiasaannya terdapat dua (2) jenis borang iaitu ‘Exclusive Appointment’ (Lantikan Eksklusif) dimana pemilik hanya dibenarkan untuk melantik satu ejen sahaja. Manakala ‘General Appointment’ (Lantikan Am) adalah pemilik rumah dibenarkan untuk melantik ejen lebih daripada satu (1).

๐Ÿ) ๐€๐ ๐ซ๐ž๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐ญ๐จ ๐๐ฎ๐ซ๐œ๐ก๐š๐ฌ๐ž (๐€๐“๐). (๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š๐ง)

Agreement to Purchase atau Perjanjian Untuk Belian digunakan apabila pembeli berminat untuk membeli hartanah. Deposit awal 3% (termasuk 10% daripada harga jualan) diperlukan untuk menunjukkan komitmen pembeli terhadap tawaran pembelian yang dibuat. Syarat dan terma perlulah jelas dimana hak pihak pembeli terjaga sekiranya perjanjian tersebut dibatalkan. Sebarang penambahan syarat, boleh masukkan dibawah terma ‘Other Conditions’. Borang perjanjian ini biasanya disediakan oleh ejen hartanah untuk dimetrai oleh kedua belah pihak dan Perjanjian Jual Beli perlu disediakan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tersebut.

๐Ÿ‘) ๐‹๐ž๐ญ๐ญ๐ž๐ซ ๐จ๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ง๐ญ (๐‹๐Ž๐ˆ). (๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ค ๐Œ๐ข๐ง๐š๐ญ)

Letter of Intent atau Surat Tunjuk Minat disediakan oleh bakal pembeli untuk menyatakan berminat untuk pembelian hartanah tersebut. Surat tersebut tidak semestinya terikat dengan sebarang syarat dan pembeli boleh menyatakan harga tawaran kepada pemilik. Kebiasaannya surat ini digunakan bagi pembelian tanah dan bangunan yang bernilai tinggi yang dimiliki oleh syarikat atau institusi.

๐Ÿ’) ๐’๐š๐ฅ๐ž ๐š๐ง๐ ๐๐ฎ๐ซ๐œ๐ก๐š๐ฌ๐ž ๐€๐ ๐ซ๐ž๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ (๐’๐๐€). (๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ฅ๐ข)

Sale and Purchase Agreement atau Perjanjian Jual Beli merupakan kontrak (perjanjian) penjualan sah yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli yang disediakan oleh peguam yang biasanya dilantik oleh pihak pembeli.

Setiap pihak perlulah menyemak klausa perjanjian dengan teliti dan sekiranya terdapat pertanyaan atau kekeliruan, perlulah memaklumkan kepada pihak peguam. Perjanjian Jual Beli sangat penting untuk mengelakkan mana-mana pihak membatalkan penjualan tanpa sebab munasabah. Selain itu, perjanjian jual beli merupakan dokumen rujukan mahkamah sekiranya berlaku sebarang pertikaian diantara kedua-dua pihak.

#tipshartanah
#jualbelirumah
#belirumah
Comment

BERI MAKLUM BALAS