Tips Hartanah kini menawarkan khidmat professional kepada anda yang memerlukan perkhidmatan berkaitan hartanah sama ada khidmat nasihat, jual beli hartanah, lelongan hartanah, penilaian hartanah, khidmat nasihat berkaitan pengambilan balik hartanah dan lain-lain.

Hubungi kami melalui link berikut untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

  • Pembelian dan penjualan hartanah.

    Ingin menjual atau membeli hartanah dan tidak tahu untuk bermula dan tidak mahu mengambil risiko kerugian?  Dapatkan khidmat Tips Hartanah melalui agen hartanah professional kami ZIYAD PROPERTY CONSULTANTS untuk memberi khidmat nasihat dalam membuat penjualan atau pembelian hartanah. Kami menawarkan khidmat nasihat yang sangat kritikal untuk mengelakkan kerugian berbanding anda terus mencari hartanah sendiri yang mungkin berisiko tanpa maklumat penting yang perlu diketahui.  Berbekalkan pengalaman lebih 15 tahun dalam hartanah serta ebook-ebook hartanah yang terbukti membantu beribu-ribu pembaca sejak 2006, Tips Hartanah pastinya pilihan anda terutamanya jika melibatkan pembelian pertama hartanah anda.  Klik Di Sini untuk menghubungi Tips Hartanah dan ketahui bagaimana Tips Hartanah boleh membantu anda dalam menjual dan juga membeli hartanah.
    Untuk menjual hartanah anda, Klik Di Sini.

  • Lelongan Hartanah (termasuk khidmat nasihat pembelian hartanah lelong).

    Lelongan hartanah merupakan antara cara penjualan  dan juga pembelian yang semakin popular di Malaysia pada hari ini.  Sama ada anda sebagai pemilik atau pembeli yang berminat untuk membeli hartanah pada harga yang berbaloi, lelongan hartanah mungkin pilihan yang sesuai dan boleh anda pertimbangkan.
    Walau bagaimanapun, untuk membeli hartanah melalui lelongan hartanah memerlukan pengetahuan supaya anda tidak mengalami kerugian disebabkan masalah serta risiko yang mungkin wujud.  Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah sekatan yang mungkin wujud (cthnya kaveat), pihak yang membayar bil tertunggak, butiran lanjut hartanah (didiami oleh pemilik, disewakan, dsb, keadaan hartanah, dll), masalah sindiket di lelongan hartanah, nilai pasaran semasa hartanah (penting supaya tidak membuat bidaan lebih tinggi dari nilai pasaran) dan banyak perkara lagi.
    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat Tips Hartanah berkenaan pembelian hartanah lelong (kawasan Lembah Klang sahaja), sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klik Di Sini.

  • Penilaian hartanah.

    Penilaian hartanah adalah sangat penting dalam menentukan nilai pasaran semasa sesuatu hartanah.  Pembiayaan perumahan anda juga memerlukan Laporan Penilaian rasmi dari syarikat penilai bertauliah sebelum pinjaman anda diluluskan.  Adalah penting juga untuk mendapatkan Laporan Penilaian yang disediakan oleh firma penilaian yang merupakan panel kepada bank/pembiaya pembelian hartanah anda kerana jika anda mendapatkan dari firma penilaian yang bukan panel kepada bank tersebut maka ianya akan ditolak dan merugikan anda.Jika anda berminat untuk mendapatkan Laporan Penilaian rasmi dari firma penilaian bertauliah, Tips Hartanah sedia membantu anda dengan mudah dan caj yang sangat minimal.  Segalanya akan kami uruskan supaya Laporan Penilaian tersebut sampai terus kepada anda. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut Laporan Penilaian rasmi, sila Klik Di Sini.

  • Khidmat nasihat lain berkaitan hartanah.

    Tidak mempunyai masa untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah anda? Mempunyai pelbagai persoalan dan masalah berkaitan hartanah seperti pemgambilan balik tanah, hakmilik, dan sebagainya?  Hubungi Tips Hartanah untuk bantuan.

  • Pengurusan asset/hartanah.

    Tips Hartanah melalui Capital Services Malaysia Sdn Bhd (CSM) menawarkan pengurusan asset dan portfolio hartanah bergantung kepada keperluan klien.  Pada masa ini CSM secara aktif menguruskan pengurusan Asset NPL untuk pelabur yang membeli akaun-akaun NPL di Malaysia.   Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan pengurusan asset seperti NPL atau ingin menguruskan portfolio hartanah anda yang mengandungi jumlah asset yang tinggi, sila hubungi kami untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu anda dalam memudahkan pengurusan asset/hartanah anda dan dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan serta mengurangkan kos pengurusan anda.

Hubungi TipsHartanah untuk maklumat lanjut Di Sini

Follow Us!

427FollowersFollow
20,157FollowersFollow
1,166FollowersFollow

BERI MAKLUM BALAS