Mengenai Tips Hartanah

logo-thTips Hartanah telah bermula sebagai satu blog hartanah pada tahun 2006 dengan tujuan untuk berkongsi maklumat tentang hartanah.  Pada ketika itu, pengasas dan admin Tips Hartanah lebih memfokuskan kepada jual beli hartanah kerana aktiviti pada masa tersebut lebih tertumpu kepada bidang berkenaan sahaja.

Dengan pengalaman yang semakin luas dan keinginan untuk berkongsi maklumat hartanah di dalam Bahasa Malaysia, Tips Hartanah terus menjadi semakin aktif di mana semakin ramai yang bertanyakan panduan serta tip-tip untuk membeli dan menjual rumah serta bidang lain berkaitan tanah seperti pelaburan hartanah, penilaian, lelongan dan lain-lain.

Bermula pada Mac 2016, Tips Hartanah telah dikendalikan bersama oleh Ziyad Property Consultants Sdn Bhd (ZPC), sebuah firma konsultansi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).  Melalui ZPC, Tipshartanah kini turut menawarkan khidmat konsultansi professional berkaitan hartanah.  Lihat perkhidmatan yang kami tawarkan melalui ZPC di sini.

Pengasas Tips Hartanah, Mohd Khairul Mohd Yunos adalah pengasas bersama Ziyad Property Consultants, prinsipal TH Auction & Management Services dan juga Pengarah Urusan sebuah Capital Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan asset dan konsultan pelaburan hartanah.  Beliau berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (PV-0877) dan mempunyai lebih 17 tahun pengalaman di dalam bidang hartanah termasuk Penilaian, Agensi hartanah, Lelongan Awam, Pengurusan Asset NPL dan pelaburan hartanah.  Selain itu, beliau juga berkerjasama dengan pelabur-pelabur luar yang mencari peluang pelaburan di Malaysia.

Pengalaman-pengalaman selama menjalankan tugas di dalam bidang hartanah telah membuatkan beliau terfikir untuk berkongsi dengan semua pembaca terutamanya mereka yang mencari sumber maklumat di dalam Bahasa Malaysia kerana didapati banyak masalah yang dihadapi berkaitan hartanah sebenarnya boleh diatasi dengan mudah tetapi disebabkan kurangnya pengetahuan dan informasi yang boleh diperolehi, sesetengah pihak telah menjadi mangsa penipuan dan juga terpaksa melalui situasi-situasi yang sukar semasa berurusan perkara berkaitan hartanah.

Pengasas bersama dan CEO Ziyad Property Consultants, Sr Norollah Mohamad merupakan seorang yang memiliki pengalaman luas dalam bidang penilaian, pengurusan hartanah, agensi hartanah serta kajian dan penyelidikan pasaran hartanah selama lebih 15 tahun.  Beliau merupakan Penilai (V-1044) dan Ejen Hartanah (E-2525) Bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia.

Selain memberikan update terkini dan khidmat maya secara percuma melalui blog Tips Hartanah serta fan page Facebook, Tips Hartanah kini turut menawarkan segala khidmat dan nasihat professional berkaitan hartanah pada caj yang amat berpatutan dan mengikut keperluan klien. Hubungi Tips Hartanah