SHARE AND LIKE THIS POST

Laporan Pasaran Hartanah 2019 (LPH 2019) telahpun dilancarkan semalam 29 April 2020 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Malaysia.

Untuk pertama kalinya JPPH telah melancarkan LPH secara maya disebabkan situasi semasa yang masih berada dalam tempoh PKP disebabkan pandemik Covid-19.

Secara ringkasnya LPH melaporkan pergerakan pasaran hartanah di Malaysia seperti bilangan dan nilai transaksi mengikut sektor di setiap negeri dan juga status stok hartanah sedia di Malaysia.

Untuk 2019, secara ringkasnya berikut adalah laporan yang terkandung di dalam LPH 2019:-

  1. Pergerakan Aktiviti Pasaran Hartanah 2109

Seperti yang dilihat pada rekod transaksi setakat suku ketiga 2019, dijangkakan aktiviti untuk keseluruhan 2019 bagi kediaman terus meningkat berbanding 2018.  Kenaikan yang tinggi iaitu pada 6.0% menunjukkan permintaan yang agak tinggi dan semakin meningkat pada 2019 untuk perumahan seiring dengan bekalan rumah yang bertambah dan ekonomi yang dilihat kembali pulih pada tahun 2019.

Sektor lain yang turut meningkat adalah pertanian dimana kenaikan aktiviti sebanyak 2.0& berbanding 2018.  Sektor-sektor lain menunjukkan penurunan berbanding tahun 2018.

2. Trend transaksi Mengikut Tahun (2015 – 2019)

Selepas penurunan transaksi pada 2015, pasaran hartanah kembali memulih dan menunjukkan peningkatan semula pada 2018 dan 2019. Transaksi kediaman meningkat tinggi dan dijangka meneruskan momentum tersebut pada 2020 sebelum wabak Covid-19 melanda dan mungkin berlaku sebaliknya.

3. Transaksi Kediaman Mengikut Jenis

Rumah teres kekal menjadi pilihan utama berbanding rumah jenis lain untuk transaksi subsektor kediaman.  Sebanyak 40% daripada jumlah 209,295 transaksi ada rumah teres.

Dari segi harga pula, majoriti transaksi adalah di bawah harga RM300,000 iaitu sebannyak 61.7% atau sebanyak 129,161 transaksi di dalam tahun 2019.  Ini menunjukkan majoriti pilihan dan kemampuan  pembeli rakyat Malaysia adalah pada harga di bawah RM300,000 dan diikuti kategori rumah berharga RM300K-500K sebanyak 44,502 transaksi.

4. Permintaan vs Bekalan Untuk Hartanah Kediaman Tahun 2019

Tahun 2019 menunjukkan bekalan hartanah kediaman yang sangat tinggi berbanding permintaan (data transaksi). Bekalan sedia ada didominasi oleh rumah teres iaitu sebanyak 2,343,923 unit dan diikuti oleh rumah bertingkat strata sebanyak 1,236,304 unit.
Kadar permintaan berbanding bekalan dilihat mempunyai jurang yang besar dan ia mungkin akan mempengaruhi harga rumah dalam pasaran pada tahun 2020.

Analisis lebih lanjut akan dibuat selepas ini untuk pasaran hartanah 2019 di Malaysia.

 

 

Comment

BERI MAKLUM BALAS